Saturday, September 19, 2009

selamat hari raya.

Permulaan baru bagi blog ni. Memang lama lah tak blogging. Rasa macam hawauu sangat.haha Semua entry dah delete sebab rasa sendat pulak tengok entry banyak-banyak. Okay, cerita pasal raya kan, semua nya so far so good. Tapi aku tak suka colour rumah aku tahun ni. Terang sangat! Daripada jauh dah boleh kenalpasti rumah aku ni haa. Menciik weh. Tapi takpe, asal kan ada rumah, tu dah cukup baik.
Sampai je KL semalam, dalam pukul satu pagi macam tu, aku terus duduk rumah along dekat Puchong. Lepas buka baru balik Seremban. Tapi aku tak terus balik rumah lah, aku suruh along drop kat McD. Rakan-rakan sebaya dah tunggu lama. Jumpa dorang pun tak lama sangat, tak sampai setengah jam kut sebab tym tu dah pukul sepuluh lebih. Lepas kitorang peluk cium, mintak maaf zahir dan batin, kitorang bersurai. Aku, neta, nana dan jaja naik kereta wira jaja. Misi kitorang pergi bazar. Aku carik baju kebaya, jaja carik baju kurung dgn tudung. Nana dan neta peneman yang setia :)
Round lah kejap kat bazar tu kut-kut ada baju kebaya yang cecantik. Puas tawaf, lastly jumpa pun! Aku beli baju kebaya warna putih. Sangat suci aku di pagi raya nanti.haha Jaja punya baju kurung moden tak de kat situ. Dia cerewet!! Kitorang decide pergi bazar ampangan. Sampai bazar ampangan nak dekat pukul satu lebih. Orang memang sendat! Puas rayau-rayau carik baju kurung moden jaja tu, masuk kedai terakhir baru jumpa.heh letih woh shopping ng dia. Pastu carik tudung lagi. Nak match ng baju kurung moden dia baru beli tu. Pusing pusing dan pusing lagi sampai dapat. Dan akhirnya jumpa pun. Murah, cantik dan emm, lawa kut kalau jaja pakai.haha Balik bazar ampangan dah nak dekat pukul tiga lebih, terus gi sahur je kat Azhaar Maju kat Dataran. Aku yang memang kempunan roti telur ni terus order kat bangla yang buat muka macam tak nak raya je tahun ni. Makan makan makan. Aku ingat nak tambah lagi sekeping tapi semua muka mengantuk. So, niat sudah putus kaki kasik angkat. Sampai rumah kul empat lebih. Abah dah bangkit nak sahur. Aku pulak takpat tido. Ke hulu ke hilir tunggu akak aku balik. Lepas dia dah balik, kitorang punya cerita memang tak hingat. Boleh buat drama lebih 120 episod. Pukul nam lebih dia baru tido. Aku pulak tengah surf internet. Sampai lah mak bangkit ajak aku pergi pasar.
Teruja woh masuk pasar Seremban. SEcond time kut.haha aku drive, abah duk seblah. Aku drive takat bandar je, pastu aku suh abah takes over sebab dia bising, komplen cara aku drive.hee. Aku duk belakang, jadi mem besar. Best gile.
Balik pasar aku tido sampai kul empat lebih. Bangkit je aku terus buat kerja, tolong mak aku basuh-basuh pinggan. Masak-masak akak aku dah tolong, tinggal bahagian aku je pulak continue kerja yang ditinggalkan.
Insya Allah malam ni aku nak kua jenjalan kejap. Kalau sempat ar. Kasut raya aku takde woh. Aku pun taktau nak beli kat mane ni.